Pilihan raya umum Tanah Melayu 1955

Pilihan raya umum Tanah Melayu 1955

27 Julai 1955 1959 →

52 daripada 98 kerusi bagi Majlis Perundangan Persekutuan
27 kerusi diperlukan untuk majoriti
Terdaftar1,280,855
Pengundi hadir1,027,211 (82.8%)
  Parti pertama Parti kedua Parti ketiga
 
Pemimpin Tunku Abdul Rahman Onn Jaafar Abbas Alias
Parti Perikatan Parti Negara PIMP
Pemimpin sejak 23 Ogos 1951 (1951-08-23) Februari 1954 1953
Kerusi pemimpin Sungei Muda tidak bertanding tidak bertanding
Kerusi yang
dimenangi
51 Tiada kerusi 1
Undian popular 818,013 78,909 40,667
Peratusan 81.7% 7.9% 4.1%

Peta pemenang mengikut kawasan

Ketua Menteri dipilih

Tunku Abdul Rahman
Parti Perikatan

Pilihan raya umum diadakan di Persekutuan Tanah Melayu pada Rabu, 27 Julai 1955, satu-satunya pilihan raya umum sebelum kemerdekaan pada 1957. Ia dianjurkan bagi memilih anggota Majlis Perundangan Persekutuan, yang mana sebelum ini anggotanya dilantik sepenuhnya oleh Pesuruhjaya Tinggi British. Proses pengundian berlaku di semua 52 kawasan persekutuan, bagi memilih seorang anggota. Pilihan raya negeri pula meliputi 136 kawasan negeri di sebelas negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu dan Negeri-negeri Selat dari 10 Oktober 1954 hingga 12 November 1955, bagi memilih seorang ahli majlis bagi majlis perundangan negeri.

Pilihan raya ini memberikan keputusan kemenangan besar buat Parti Perikatan, sebuah kerjasama antara Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Persatuan Cina Malaysia (MCA) dan Kongres India Malaysia (MIC), dan kekalahan yang besar buat Parti Negara. Parti Islam Se-Tanah Melayu turut berhasil menempatkan wakil dalam Majlis Perundangan Persekutuan. Parti Perikatan berjaya membentuk kerajaan dengan pemimpinnya,Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Menteri.

Pilihan raya ini juga memperlihatkan MIC bertanding buat pertama kali. MIC telah menyertai Parti Perikatan pada tahun 1954, manakala MCA telah bersekutu dengan UMNO dalam pilihan raya perbandaran Kuala Lumpur pada tahun 1952.

30 calon Perikatan memperoleh majoriti melebihi 10,000 undi. Sembilan daripadanya memperoleh majoriti melebihi 20,000 undi. Empat puluh tiga lawan mereka hilang deposit.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search